Majlis Dialog SHO & DOSH Penang
Petang semalam berlangsungnya Majlis Dialog Bersama Semua Pengamal -Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan JKKP / DOSH PULAU PINANG di Saujana Lounge, Penang Golf Resort, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang anjuran NRG SHE.
Majlis bermula jam 2.30 pm dan berakhir 5.30 pm dengan Hi Tea di Bayu Terrace, Penang Golf Resort Bertam.
Kehadiran Pengarah DOSH Pulau Pinang; En. Mohamad Anuar bin Embi dan Timbalan Pengarah Socso Pulau Pinang; En. Mansor Abdul Manaf berjaya memberi maklum balas kepada lebih 30 peserta yang hadir. Antara yang ditimbulkan oleh peserta ialah;
Peserta 1
(i) Pendaftaran Site Safety Supervisor atau SSS (mengikut Panduan Pendaftaran 2011) akan berkuasa 1 Januari 2011 tetapi setakat ini hanya ada satu Training Provider dan bertempat di KLIA. Kursus selama 10 hari ini hanya dijalankan 2 hari di hujung minggu selama 10 hari dan tidak ekonomikal untuk mereka yang tinggal di Utara menghadirinya.
(ii) Penjelasan juga diminta mengenai SSS (Yellow Book) ini –
a. Adakahnya ia jawatan sepenuh masa kerana di dalam Bowec 1986 disebut Part Time SSS manakala dalam Panduan Pendaftaran 2011 hanya disebut SSS.
b. Adakah ia tertakluk kepada Main Contractor sektor pembinaan bawah RM20 juta?
c. Bagaimana dengan pendaftaran Part Time Contractor Safety Supervisor (CSS) untuk Sub Contractor (> 20 pekerja) kerana tidak disebut dalam panduan ini?
Pengarah DOSH
(i) Masalah hanya satu Training Provider ini sedia maklum oleh DOSH malah KP sendiri. Tindakan akan diambil. Pengarah mengesyorkan NRG SHE atau Training Provider yang lain mengambil peluang ini mendaftar dan membuka Training Provider SSS di Utara.
(ii) Penjelasan Panduan Pendaftaran 2011 ini akan dilakukan melalui satu bengkel khas.
Peserta 2
(i) Penyediaan checklist dokumen/bukti yang diperlukan berkaitan penyiasatan kemalangan
(ii) Bantuan/sokongan Socso untuk aktiviti OSH
Pengarah DOSH
(i) Agak sukar untuk disediakan satu checklist kerana dokumen/bukti penyiasatan yang diperlukan bergantung pada jenis kemalangan. Sebagai contoh kemalangan berkaitan jentera, dokumen yang diperlukan ialah SOP dan manual jentera. Manakala kemalangan Confined Space memerlukan dokumen berkaitan Permit To Work dan Authorized Gas Tester.
Timbalan Pengarah Socso
(ii) Pihak Socso Negeri sentiasa memberi sokongan dan bantuan kursus dan ceramah untuk aktiviti OSH. Bagaimanapun untuk permohonan dana ia nya diuruskan oleh ibu pejabat dan Socso Negeri boleh membantu.
Peserta 3
Masalah tuntutan pampasan penyakit kesihatan seperti Ergonomik, Hearing Impairment dan lain-lain kepada industri yang berusia lebih 10 tahun. Adakah perlu dilaporkan melalui JKKP7?
Timbalan Pengarah Socso
Jika penyakit kesihatan tersebut masih dalam senarai boleh dituntut, pihak Socso akan memprosesnya.
Pengarah DOSH
Semua penyakit kesihatan mesti dilaporkan melalui JKKP7.
Peserta 4
(i) Tempoh tamat penyiasatan kemalangan
(ii) Peruntukan tempoh masa untuk penggantungan jentera / penambahbaikan jentera.
Pengarah DOSH
(i) Tiada tempoh tamat penyiasatan. Malah penyiasatan boleh dibuka semula jika ada bukti atau dokumen baru berkaitan.
(ii) Peruntukan tempoh masa ini bergantung pada selesainya penambahbaikan yang telah dilakukan. Pada masa yang sama Pengarah turut menjelaskan kuasa-kuasa yang dimiliki Pegawai DOSH.
Peserta 5
Peranan dan kesungguhan DOSH dalam pelaksanaan OSH di sektor awam.
Pengarah DOSH
Di Pulau Pinang DOSH telah aktif menjalankan pelaksanaan OSH di sektor awam sebagai contoh di IPT dan sekolah. Pendekatan yang sama di sektor industri diamalkan juga di sektor awam.
Peserta 6
(i) Masalah kewangan untuk menjalankan aktiviti OSH
(ii) Tiada pengiktirafan kepada Safety Committee (No value added)
Pengarah DOSH
DOSH boleh membantu dengan menasihati pihak pengurusan menyediakan budget khas untuk aktiviti OSH.
DOSH boleh membantu dengan mengadakan penjumpaan atau dialog khas pihak pengurusan
Peserta 7
Mengapa tiada insentif Kerajaan untuk pembelian PPE?
Pengarah DOSH
Pihak DOSH telah lama berusaha mendapatkan insentif sebegini. Pengarah mencadangkan agar industri memohon lagi melalui persatuan sedia ada.
Untuk makluman, LHDN (Income Tax) memberi insentif pemotongan cukai berganda kepada industri yang membeli peralatan untuk pekerja OKU atau menyediakan/mengubahsuai pasarana untuk OKU.
Dicatat oleh: lukmanw@gmail.com
Untuk Siri Majlis Dialog Bersama Semua Pengamal -Pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dengan JKKP / DOSH ini akan datang bakal diadakan di Ipoh, Perak bersama DOSH Perak. Tarikh (dijangka September/Oktober 2011) dan lokasi akan diumumkan kemudian. Kepada mereka yang berminat untuk menghadirinya boleh memberikan nama, syarikat dan no. telefon untuk dihubungi semula kepada Encik Mohd Yusri Bin Yusoff, 019-417 9673 / aladdinosama@gmail.com
Tambahan dari sdr. Azhar Rifaie-
ReplyDeleteTerima kasih kepada yg hadir memberi sokongan dan sekalung tahniah kepada DOSH Penang yg telah berjaya menjadi peneraju aktiviti OSH bersama industri di Malaysia.....contohnya membuat kelainan melalui "Festival Filem OSH 2011" yang berlangsung baru2 ini.
Dalam kata2 aluan Pengarah DOSH Penang, beliau turut mengalu-alukan sumbangan tenaga & buah fikiran dari NGO untuk merancakkan lagi usaha menjayakan OSH. Encik Anuar Embi juga menghargai usaha NRG menganjurkan OSH Conference 2011 dan beliau mencadangkan supaya NRG memberi fokus kepada "Safety Culture" ataupun "Behavioral Based Safety" bagi 2012.
Sepanjang 3 tahun yg lalu dimana NRG telah menganjurkan beberapa siri dialog bersama DOSH/NIOSH/SOCSO, saya rasa sesi ini merupakan yang terbaik.
Diharap sesi di Ipoh nanti akan turut dimanafaatkan oleh para ahli NRG.
Slm En Lukman
ReplyDeleteSy silent reader blog En dan jg silent membership NRG SHE. TK blog En yg byk blh dirujuk. Begitu juga tk NRG yg byk membantu SHO baru sprt sy ini.
Sy SHO baru daftar ttp sdh lama dlm safety.
Sdkt terkejut bila dlm dialog SHO dgn DOSH Png baru ini apabila sorg pensyarah UUM yg dpt phd dari Austalia menurut Pengrh DOSH yg bangun menjawab cdgn Pengrh mengatakan industri tidak myokong atau tidak mbantu universiti utk thesis berkaitan pkembangn safety di Malaysia. Ini berikutan cdngan Pengrh supaya buat thesis berkaitan Safety.
Bgmana industri tidak mbantu jika org universiti sendiri tdk dtg ke industri.
Sbnrnya org universiti blh mminta bantuan DOSH atau NRG sendiri utk mnjlnkan thesis berkaitan pkembangn safety ini. Atau melalui NIOSH (pelajar SHO). Mlh kalau pensyarah ini mengajar program MOSH UUM/NIOSH boleh mminta bantuan pljr MOSH sendiri yg rasanya ramai osh mgr dan engr kilang atau terus dari En Lukman.
Lebih mdh sentiasa berdamping dgn org industri dan DOSH sebelum meminta bantuan mereka. Jgn slhkan industri tidak mbantu.
SHO 3xxx Prai