Tuesday, July 12, 2011

Gas Pemedih Mata


Gas Pemedih Mata

Berberapa tahun lepas, seorang pelajar saya pernah bertanya; bolehkah kita mendapatkan CSDS untuk Gas Pemedih Mata ini? Terutama mengenai makluman Pertolongan Cemas dalam CSDS ini.

Beliau menzahirkan soalan ini bukan mewakili mereka yang mengambil bahagian dalam demonstrasi tetapi sebagai orang awam yang mungkin secara kebetulan berada di lokasi berlangsungnya demonstrasi ini.

Saya tiada jawapan untuk soalan tersebut. Bagaimanapun, terdapat artikel yang berkaitan seperti di bawah.

Apa yang dimaksudkan Gas Pemedih Mata

Antara ‘senjata’ yang paling ampuh dan banyak digunakan untuk meleraikan perhimpunan tersebut ialah gas pemedih mata atau nama lainnya, agen ‘lachrymatory’.

Tidak ramai yang tahu bahawa bahan pemedih mata itu sebenarnya bukanlah berbentuk gas, namun lebih merupakan sejenis serbuk asid.

Lachrymatory adalah sejenis bahan kimia tidak merbahaya yang memberi kesan terhadap saraf kornea di dalam mata, yang mana akan menyebabkan kepedihan, kesakitan dan buta untuk beberapa ketika kepada individu yang terhidu ‘gas’ tersebut.

Gas pemedih mata secara umumnya menyerang bendalir yang ada di dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru manusia yang akan menyebabkan kepedihan mata, bersin, batuk-batuk, sukar bernafas serta kabur penglihatan untuk suatu tempoh.

Gas pemedih mata yang pertama digunakan sebagai senjata ialah Xylyl bromide, di mana ia digunakan pada tahun 1914 di dalam Perang Dunia Pertama oleh tentera Perancis terhadap tentera Jerman dengan melemparkan bom tangan yang mengandungi bahan kimia tersebut.

Sejak itu, gas pemedih mata telah dikaji oleh ramai saintis-saintis dunia dan bahan kimia tersebut telah mengalami pelbagai evolusi untuk pelbagai kegunaan, terutamanya untuk mengawal demonstrasi, huru-hara dan perhimpunan haram.

Terdapat pelbagai jenis lachrymatory yang berjaya dicipta para saintis seperti ‘Oleorasin Capsicum’ (OC), ‘O-Chlorobenzylidene Malononitrile’ (CS), ‘Dibenzoxazepine’ (CR), ‘Phenacyl Chloride’ (CN), ‘Pelargonic Acid Vanillylamide’ (PAVA), ‘Bromoacetone’, ‘Phenacyl Bromide’, ‘Xylyl bromide’ dan ‘Syn-Propanethial S-Oxide’.

Meskipun ‘lachrymatory’ kebiasaannya digunakan secara meluas oleh pihak berkuasa di banyak negara dunia untuk mengawal rusuhan dan huru-hara oleh pihak berkuasa, ada beberapa jenis gas pemedih mata ini yang digunakan untuk mempertahankan diri dari serangan individu.

Sumber di sini.

No comments:

Post a Comment