Wednesday, February 23, 2011

Dialog DOSH Pulau Pinang dengan SHO Sektor Pembinaan 23 Feb 2011

Dialog DOSH Pulau Pinang dengan SHO Sektor Pembinaan 23 Feb 2011 - kehadiran dengan jemputan

(Sebahagian yang sempat dicatat/diingat. Harap bermanafat kepada yangtidak berpeluang hadir)

Dialog bermula jam 9.00 am dengan kata-kata aluan Pengarah DOSH Pulau Pinang, Mohamad Anuar bin Embi mengalu-alukan kedatangan SHO dari sektor pembinaan. Seramai 47 orang SHO sektor pembinaan di Pulau Pinang yang hadir dari jumlah yang dijemput seramai 60 orang. Pengarah lebih suka menganggap SHO sebagai rakan DOSH di alam pekerjaan.

Pengarah memberi penghargaan kepada SHO sektor pembinaan yang suasana kerjanya jauh berbeza dan berisiko serta persekitaran yang tidak selesa jika dibandingkan dengan SHO industri lain seperti kilang dan hotel. SHO sektor pembinaan juga paling kerap datang dan berjumpa dengan pegawai-pegawai DOSH. Malah pengarah sendiri lebih mengenali ramai SHO di sektor pembinaan berbanding SHO di dalam industri lain.

Pengarah menjelaskan tugas SHO adalah sepenuh masa di satu-satu tapak pembinaan. Pengarah juga mengingatkan tanggungjawab pekerja adalah di bawah project manager dan site supervisor.

Pengarah juga memaklumkan mengapa dialog diadakan seawal bulan Februari (1st quarter). Ini bersesuaian dengan apa yang selalu diperkatakan iaitu Safety First. Berbeza jika diadakan (juga program safety lain) pada bulan November dan Disember yang sudahpun di penghujung bulan (last 4th quarter).

Di samping itu di Pulau Pinang sendiri pada tahun 2011 ini telah mencatat tiga kematian di sektor permbinaan.

Pengarah juga menyebut tentang indicator pencapaian safety terutama kepada pandangan awam di mana kegagalan/kelemahan safety di sektor pembinaan di Pulau Pinang memberi indicator kepada SHO itu sendiri. Dan kegagalan/kelemahan SHO di sektor pembinaan Pulau Pinang memberi indicator kepada DOSH Pulau Pinang.

SESI ISU-ISU SEMASA DI SEKTOR PEMBINAAN

Sesi seterusnya ialah isu-isu semasa di sektor pembinaan yang disampaikan oleh Tn. Haji Mohd Kuzi bin Ahmad dari Unit Pembinaan. Bermula dengan peranan dan tanggungjawab sebenar SHO di sektor pembinaan iaitu sebagai penasihat kepada majikan dan/atau designated person di tapak pembinaan seperti Project Manager, Site Supervisor dan mereka yang bertanggungjawab terhadap scaffolding, PPE dan lain-lain.

Seterusnya ialah penyediaan Safety Manual yang perlukan disertakan semasa mengemukakan Form JKJ 103. Turut disentuh laporan bulanan (kemudiannya dijelaskan lagi oleh pengarah) yang dikehendaki dikemukakan oleh SHO kepada DOSH setelah ditandatangani oleh majikan oleh mana-mana tapak pembinaan yang diminta berbuat demikian di Pulau Pinang.

Isu bermula dengan PPE iaitu PPE asas topi keselamatan dan kasut keselamatan. Masih ada pekerja yang tidak memakainya dengan alas an tidak selesa, panas dan sebaganya. Peraturan ini juga tertakluk kepada semua yang memasuki tapak pembinaan termasuk supplier.

Isu scaffolding yang ada diperbuat dari bahan under specification, dipasang/direka oleh mereka yang tidak bertauliah, tanpa green dan red tags, footing tidak bersesuaian. Permukaan tapak footing dan sebagainya.

Isu jaring keselamatan (peripheral net) yang tidak dipasang sepenuhnya. Ada yang menggunakan kualiti yang rendah (murah tetapi tidak tahan lama). Juga disentuh keperluan memasang platform atau catching net untuk bangunan yang tinggi disamping pemasangan peripheral net sedia ada.

Isu certificate of fitness terutama melibatkan kenderaan seperti crane dan pemandu crane. DOSH Pulau Pinang sudah mengamalkan pendekatan iaitu CF asal (original) hendaklah dipamerkan (dibawa) bersama dalam kenderaan untuk mengelakkan kes-kes penipuan. CF peralatan di tapak pembinaan tidak perlu diletak pada peralatan (untuk mengelakkannya rosak atau hilang) tapi hendaklah tersedia diperiksa di dalam site office.

Isu site utilization di mana perlu diasingkan living quarters, office dan sebagainya. Juga kepentingan access dan egress serta laluan kecemasan.

Isu seterusnya ialah electrical hazard dan housekeeping/hygiene serta complaint dari orang awam.

SESI SOAL JAWAB

Sesi seterusnya ialah soaljawab yang dipengerusikan sendiri oleh Pengarah.

Untuk mengesahkan CF terutama kenderaan crane dan pemandu crane, SHO atau majikan boleh menghubungi terus DOSH Pulau Pinang.

Crawler crane yang telah di-dismantle-kan (untuk tujuan transportation) perlu diuji semula sebelum digunakan. Begitu juga piling machine yang telah di-dismantle-kan walaupun hanya berubah tempat di lokasi yang sama.

HIRARC yang disediakan mestilah berkaitan dan bersesuaian dengan tapak pembinaan.

Tapak-tapak pembinaan projek kerajaan walaupun tiada/kurang peruntukan safety dalam BQ mesti mengutamakan juga safety.

DOSH mengiktiraf tempoh sah kad CIDB dan pekerja sektor pembinaan mestilah memiliki kad CIDB yang sah tempohnya.

Pengarah menjelaskan mulai tahun ini bagi kes yang melibatkan kematian, selain SHO, project manager dan pemilik syarikat juga akan turut dipanggil memberi penjelasan.

Selain dari dialog dengan SHO, DOSH Pulau Pinang juga merancang mengadakan dialog dengan Project Manager, Site Supervisor di sektor pembinaan.

Sesi dialog berakhir jam 12.30 tengahari dengan diikuti hi-tea.

Terima kasih DOSH Pulau Pinang di atas penganjuran dialog dengan SHO Sektor Pembinaan ini.

No comments:

Post a Comment