Monday, May 24, 2010

Dimana anda buang bateri terpakai?




Dimana anda buang bateri terpakai?

Khamis lepas saya singgah di Pusat Perkhidmatan Pelanggan di Rumah Tol Sungai Dua untuk menambah nilai Kad Prabayar Touch & Go saya. Di kaunter perkhidmatannya, saya ternampak kotak buangan kitar semula bateri terpakai yang tertera lambang Jabatan Alam Sekitar. Tahniah JAS di atas keprihatinan mereka menyediakan kotak buangan kitar semula ini untuk bateri terpakai.

Bagaimana sedikit teguran saya kepada Plus - kotak ini terperosok di bawah meja yang sudah tentu tidak akan diketahui oleh orang awam akan tujuannya. Saya terpaksa menarik keluar kotak ini dari bawah meja dan meletakkannya di tempat seperti yang kelihatan di dalam gambar di atas.

Tiada gunanya kemudahan yang disediakan oleh JAS seperti ini jika tidak dihargai oleh pihak Plus. Saya ingin cadangkan pihak JAS memperbanyakkan kotak sebegini di tempat-tempat awam yang lain seperti pusat membeli-belah dan sebagainya.

Salah satunya ambil sahaja balik kotak yang ada di Pusat Perkhidmatan Pelanggan di Rumah Tol Sungai Dua ini.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshtheourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment