Wednesday, April 7, 2010

Perdekatan OSH secara berperingkat


Perdekatan OSH secara berperingkat

Syabas kepada Kementerian Kesihatan yang mengamalkan pemberian ubat tanpa beg plastik. Saya difahamkan kesemua hospital dan klinik kesihatan telahpun mengamalkan perdekatan mesra alam ini.

Bagaimanapun saya dimaklumkan ramai penghujung tidak mengetahui mengenai perdekatan sebegini dan bermasalah untuk membawa pulang ubatan ini. Perdekatan sebegini mestilah secara berperingkat dan perlu ada alternatifnya.

Sebagai contoh setiap pendekatan dalam OSH perlu melalui berapa peringkat seperti perkenalan dan hebahan, ujian masa (on trial), penambahbaikan, pelaksanaan dan alternatif.

Peringkat pertama ialah perkenalan dan hebahan iaitu pihak berwajib perlu memaklumkan bahawa perdekatan (dalam kes ini penghentian penggunaan beg plastik) akan dimulakan pada tempoh tertentu. Contoh diumumkan pendekatan akan bermula mulai bulan hadapan. Janganlah secara mendadak dan serta-merta tanpa memberi notis awalan.

Peringkat kedua ialah ujian masa (on trial) di mana pendekatan dicuba dalam masa tertentu seperti setiap hari Isnin contohnya diumumkan Hari Tanpa Beg Plastik. Kemudian diikuti dalam 2 hari seminggu ataupun sepanjang minggu pertama setiap bulan dan sebagainya.

Peringkat ketiga ialah penambahbaikan di mana sebarang permasalahan yang timbul semasa peringkat pertama dan kedua hendaklah diatasi sebelum peringkat seterusnya iaitu peringkat keempat atau terakhir diteruskan.

Manakala peringkat keempat atau peringkat terakhir hendaklah dilaksanakan dengan alternatif. Umpamanya di beberapa buah pusat membeli belah seperti Jusco dan Ikea, beg plastik tidak lagi dibekalkan tetapi jika ada pelanggan masih menghendakinya mereka terpaksa membelinya. Manakala duit jualan beg plastik ini kemudiannya disalurkan ke badan kebajikan. Ada juga alternatif lain iaitu beg plastik digantikan dengan beg kertas boleh kitar semula.

Kunjungan saya ke Kedai Koperasi USM di Pulau Pinang baru-baru ini mendapati semua barangan yang dijual di sini dibungkus dengan menggunakan Beg Kertas Kitar Semula.

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

Hukum yang diturunkan kepada umat Islam juga secara berperingkat. Arak misalnya, pengharamannya melalui tiga peringkat. Peringkat pertama bermula dengan penjelasan bahawasanya ianya mengandungi dosa akan tetapi pada masa yang sama mempunyai manfaat. Allah berfirman:

Maksudnya: “Mereka itu bertanya kepada engkau dari hal arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya itu dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya”. (Surah al-Baqarah 2:219)

Dengan penjelasan ini maka sebahagian sahabat Nabi Muhammad SAW semasa itu mula berhenti minum arak memandangkan ianya mengandungi dosa. Sebahagian lain masih terus meminumnya kerana walaupun ianya mengandungi dosa akan tetapi al-Quran masih mengakui bahawa ianya juga ada manfaatnya.

Pada peringkat kedua dilarang solat jika dalam keadaan mabuk. Larangan solat dalam keadaan mabuk membawa maksud larangan minum arak pada waktu akan melakukan solat. Allah s.w.t. berfirman:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, jangan kamu kerjakan sembahyang ketika kamu sedang mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan”. (Surah al-Nisa’ 4:43)

Pada masa ini sahabat Nabi semakin ramai yang mengurangkan tabiat meminum arak. Sebahagian telah meninggalkan sama sekali dan sebahagian yang lain hanya minum selepas solat Isya’ memandangkan jarak antara solat Isya’ dengan solat Subuh sangat jauh. Namun demikian ada sebahagian sahabat yang meminum arak akhirnya mabuk dan menyebabkan terjadinya pembunuhan antara satu sama lain dan melafazkan perkataan keji yang dimurkai Allah. Dengan demikian sahabat sedar akan bahaya arak.

Pada peringkat ketiga Allah menjelaskan larangan meminum arak sama sekali dan menjelaskan bahawa ia merupakan perkara keji dan perbuatan syaitan. Allah berfirman:

Maksudnya: “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung adalah (pekerjaan) keji dari perbuatan syaitan. Sebab itu hendaklah kamu jauhi, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan”. (Surah al-Maidah 5:90)

Dengan penjelasan hukum secara berperingkat ini sahabat Nabi dapat menerima larangan itu walaupun pada masa sebelumnya minum arak sudah merupakan perkara yang lumrah di kalangan bangsa Arab.




No comments:

Post a Comment