Pembesar suara (loud hailer) jangan dilupakan
Jauh perjalanan luas pengalaman. Bagi saya jauh perjalanan dengan mata yang perihatin banyak yang boleh diteladani.
Kunjungan saya ke Bangunan MARA bersebelahan Kompleks Pertama minggu lepas "memandangkan" saya kepada sebuah almari berkaca berhampiran dengan bilik air di paras 1 bangunan tersebut.
Walaupun saya pasti operasi di Bangunan MARA ini lebih kepada pentadbiran bukannya berisiko tinggi, keprihatinan pihak pengurusan MARA (atau pengurusan bangunan?) menyediakan kelengkapan kecemasan ini amat terpuji.
Manariknya lagi, selain daripada beberapa alatan kecemasan biasa seperti Alat Pemadam Api Mudah Alih, Vest Keselamatan, Selimut Api, set SCBA dan Kapak, turut tersedia adalah dua buah Pembesar Suara atau Loud Hailer ini.
Kepentingan Pembesar Suara ini semasa kecemasan ini tidak dinafikan terutamanya apabila sistem hebahan berelektronik sedia ada tidak berfungsi. Biasanya Pembesar Suara ini tidak diletakkan bersama-sama dengan peralatan kecemasan ini kerana keperluannya bukan sahaja untuk semasa kecemasan tetapi turut digunakan untuk majlis-majlis luaran seperti sukan, keraian dan lain-lain.
Ini adalah satu contoh teladan untuk persediaan menghadapi kecemasan. Syabas di atas keprihatinan pihak pengurusan MARA atau pengurusan bangunan MARA ini. Bagaimanapun jangan lupa untuk memastikan agar baterinya tersedia untuk digunakan semasa kecemasan.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/
Saya menjual Megaphone Loud Hailer / Pembesar Suara Mudah Alih
ReplyDeleteHubungi 019-393 5571 (Call/WhatsApp).
Penghantaran adalah percuma..