Thursday, January 7, 2010

Di Brunei - Peraturan menjadi budaya



Di Brunei - Peraturan menjadi budaya

Bila disebut Budaya OSH, pada pandangan peribadi saya masih belum ada organisasi di Malaysia yang berjaya mengamal Budaya OSH. Rata-ratanya masih bersifat pematuhan perundangan ataupun peraturan dalaman organisasi.

Di sektor pembinaan (construction), kewajipan pemakaian topi keselamatan dan kasut keselamatan masih belum lagi boleh dianggap sebagai Budaya OSH. Bagaimanapun amalan sebegini di sektor pembinaan bukan lagi dikategorikan sebagai Alat Perlindungan Peribadi (PPE) iaitu hirakki terakhir dalam pengawalan risiko, ianya lebih bersifat pemakaian seragam.

Saya berkunjung ke Brunei baru-baru ini. Hampir keseluruhan Brunei amnya dan Bandar Seri Bagawan khususnya, penduduknya amat sinonim dengan Shell. Hampir semua kenderaan (kereta) yang ditinggalkan di tempat letak kenderaan di sini diletakkan dalam keadaan "reverse parking". Ianya adalah ciri-ciri keselamatan di mana pemandu atau pemilik kenderaan lebih bersedia untuk mengeluarkan kenderaan masing-masing terutama jika berlaku sebarang kecemasan.

Menariknya bukan sahaja amalan ini dipraktikkan oleh mereka yang bekerja dengan organisasi Shell tetapi juga oleh penduduk Brunei sendiri. Menariknya lagi tiadapun papan tanda yang mengarahkan agar kenderaan diletakkan secara "reverse parking"!

Berbeza dengan gambar di atas yang diambil di Bangi. Walaupun ada papan tanda yang mengarahkan agar kenderaan diletakkan secara "reverse parking", pemilik kereta Wira tersebut seolah-olah tidak memahami (buta huruf!) arahan ini.

Budaya bukanlah perundangan atau peraturan. Tetapi bermula dari perundangan atau peraturan, budaya boleh dilahirkan.

Ingin juga saya mendapat pandangan dari kakitangan Intel Kulim dan Penang. Peraturan "reverse parking" ini telah lama dipraktikkan di tempat mereka, adakah mereka mengamalkan juga amalan ini apabila meletakkan kenderaan mereka di luar kawasan tempat kerja?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment