Sunday, September 27, 2009

Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar Dalam Industri Pembinaan 2009

Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Dan Alam Sekitar Dalam Industri Pembinaan 2009
Tarikh: 6 Oktober 2009

Tempat: Auditorium, Tingkat 1, Dewan Millenium, KEPALA BATAS, PULAU PINANG

Masa: 8.30pg - 1.00tgh

Yuran Penyertaan: RM50 seorang

SEMINAR KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN DAN ALAM SEKITAR DALAM INDUSTRI PEMBINAAN 2009

PENGENALAN

Industri pembinaan merupakan suatu industri yang amat penting dalam menggerakkan pembangunan di Malaysia dan seterusnya menjana perkembangan ekonomi di negara ini. Namun, kes-kes kemalangan dan pencemaran alam sekitar yang berlaku sejak kebelakangan ini, kebanyakkannya disebabkan oleh aktiviti pembinaan yang tidak terkawal, telah menjadi satu isu yang penting di mana ia melibatkan seluruh masyarakat yang berada di sekitarnya.

Amalan baik dalam pengurusan mengenai Kesihatan & Keselamatan, dan Alam Sekitar (HSE) yang lebih efisien dapat membantu semua pihak yang terlibat dengan aktiviti pembinaan, terutamanya pihak kontraktor supaya bersedia untuk menangani isu dan permasalahan ini.

Justeru itu, seminar ini diadakan bagi menyediakan platform untuk kontraktor dan agensi-agensi yang berkaitan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat, kemahiran dan pengalaman mengenai cara-cara mengimbangi kepentingan pengurusan , kesihatan, keselamatan dan alam sekitar dengan pembangunan infrastruktur negara demi kepentingan sejagat di masa depan.

OBJEKTIF

Tujuan seminar ini diadakan adalah untuk ;

· Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan sistem pengurusan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar dalam industri pembinaan.

· Memperkenalkan dan mempromosikan amalan baik dalam pengurusan keselamatan, kesihatan pekerjaan dan alam sekitar dalam industri pembinaan Malaysia

· Menggalakkkan pemain-pemain industri mengamalkan amalan-amalan baik pengurusan , keselamatan , kesihatan pekerjaan dan alam sekitar di tapak bina

· Menjalinkan hubungan kerjasama dikalangan kontraktor

PENGLIBATAN

Agensi-agensi Kawalselia, Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, Kontraktor, Pemaju, Juruperunding, Para Profesional (jurutera, juru ukur bahan, arkitek dll), Penyelidik dan Badan-badan lain yang berkaitan.

Program Tentatif

SEMINAR KESELAMATAN & KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR (HSE) DALAM INDUSTRI PEMBINAAN

8.30 pagi Pendaftaran

9.00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku/Doa/Ucapan Aluan

9.30 pagi Minum Pagi

10.00 pagi CIDB DIY's Scheme - OHSAS 18001 and EMS 14001, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

10.35 pagi Construction Waste Management, Alam Flora Sdn Bhd @ UiTM

11.10 pagi CIS 10:Safety and Health Assessment System in Construction (SHASSIC) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

11.45 pagi Good Occupational Safety and Health Management at Site - Contractor's Experience, Bina Goodyear Bhd

12.20 tgh Sesi Soal Jawab

12.45 tgh Makan Tengahari/ Bersurai

BAYARAN PENYERTAAN

RM 50.00 (Tunai atau Wang Pos atau Deraf Bank sahaja)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Pn. Nor Hamiza Bt Zahar 03-2617 0396
Pn. Surani Bt Yusof 03-2617 0353

Untuk mendaftar sebagai peserta, bolehlah berhubung terus dengan secretariat seminar di CIDB Negeri/ CIDB Cawangan yang berkenaan.

No comments:

Post a Comment