Sunday, September 27, 2009

Security Impact Assessment


Security Impact Assessment

Terima kasih kepada Kamal Afendi, penganalisisa jenayah yang menyebut tentang Security Impact Assessment (SIA) di layar TV3 semalam semasa membincangkan persediaan menangani jenayah ketika ini.

(Kamal Afendi Bin Hashim adalah Penganalisis Jenayah yang pernah menjadi wartawan dan jurugambar sebelum berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia selama 7 tahun dan kemudian melanjutkan pengajian dalam pengkhususan Jenayah di United Kingdom.)

SIA yang meyerupai EIA (Environment Impact Assessment) ini bukanlah perkara baru dalam bidang keselamatan pekerjaan (occupational safety) dan kesihatan pekerjaan (occupational health) dan persekitaran (environment).

Kebanyakan pengamal undang-undang dan syarikat pembinaan lebih mengenali EIA di mana keperluaan mengikut perundangan Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA). Keperluaan ini meliputi semua jenis pembinaan (dan pekerjaan) yang melibatkan penggunaan sumber semula jadi seperti tanah tinggi, punca air, dan sebagainya, (TV3 dalam laporannya semalam menyebut keperluan EIA hanya untuk pembinaan di tanah tinggi!).

Kebetulan semasa bekerja sebagai pengurus di kilang simen di Ipoh dahulu saya terlibat dalam penyediaan beberapa EIA. Dalam penyediaan EIA ini banyak elemen-elemen dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pandangan (concerned) dari pihak ketiga yang perl diambil kira di samping elemen utama persekitaran.

SIA ini juga bukan perkara baru. Dari sudut kepercayaan seperti Feng Sui umpamanya, banyak petua-petua yang digunapakai semua sesuatu perniagaan itu dumulakan. Kalau Kamal Afendi menyebut premis perniagaan yang terlalu hampir kepada laluan memudahkan penjenayah melakukan operasi jenayah mereka, Feng Sui pula tidak mengalakkan premis peniagaan dibina bersetentangan dengan kepala simpang.

Dalam Islam sendiri, SIA ini bolehlah dianggap sebagai ”muhasabah diri” di mana setiap pekerjaan yang hendak dibuat atau keputusan yang hendak diambil hendaklah di-musahabah-diri dengan memikir semasak-masaknya baik-buruk (impact) yang boleh terjadi sebelum dimulakan pekerjaan tersebut atau sebelum diambil keputusan.

Seperti dalam posting-posting sebelum ini yang pernah saya tulis mengenai keprihatinan orang tua saya terhadap isu-isu keselamatan (safety), sekuriti dan tindakan kecemasan (emergency response), beliau juga telah mengambil kira terhadap SIA dan EIA dalam membuat keputusan untuk menentukan tempat yang akan didiaminya selepas bersara dar perkhidmatan tentera.

Walaupun mempunyai sebidang tanah pusaka di kampung, bapa saya memilih untuk membeli sebuah rumah kecil di Kamunting berdasarkan perkara-perkara berikut;

1. Berhampiran dengan sekolah
2. Berhampiran dengan bandar (Taiping)
3. Berhampiran dengan hospital
4. Berhampiran dengan sistem pengangkutan awam (keretapi dan bas)
5. Berhampiran dengan surau dan masjid
6. Berhampiran dengan Balai Polis.

Adakah anda sudah muhasabah diri sebelum membuat keputusan? Adakah anda sudah membuat SIA dan EIA sebelum membuat keputusan?

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment