Thursday, August 13, 2009

Penguatkuasaan perlu demi keselamatan!






Penguatkuasaan perlu demi keselamatan!

Sebarang penguatkuasaan perlu dimulai dengan infomasi, maklumat seperti papan tanda, edaran media elektronik (email) dan/atau bercetak. Kemudiannya diikuti dengan tempoh percubaan, nasihat kepada kesalahan pertama dan amaran untuk kesalahan seterunya.

Penguatkuasaan perlu dilaksanakan.. Jika tidak undang-undang atau peraturan akan menjadi sendaan.

Umpamanya kenderaan di dalam gambar yang diletakkan di selekoh yang menyukarkan kenderaan lain untuk melalui laluan ini.

Pemilik kenderaan yang dkuatkuasakan ini perlu menerima hakikatnya. Penguatkuasaan bukan sahaja bersifat pembalasan (punishment) kepada pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan tetapi juga sebagai ingatan kepada pemilik kenderaan yang lain agar mematuhi peraturan yang sedia ada.

Syabas pegawai penguatkuasaan!

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/



Mungkin papan tanda sebegini (gambar diambil di Chai Leng Park, Seberang Prai) lebih sesuai dan berupaya "menakutkan" bakal pelanggar peraturan ini.

No comments:

Post a Comment