Manafatkan peluang!
Tahun lepas begitu banyak kempen-kempen berhenti merokok sempena kehadiran bulan Ramadan. Tidak pasti mengapa tahun ini kempen-kempen sebegini masih belum bermula walaupun Ramadan sudah hampir mengamit tiba. Mungkin pihak yang berwajib terlalu sibuk dengan H1N1? Sibuk atau terleka?
Peluang tidak menghisap rokok di waktu siang oleh perokok-perokok tegar ini sepatutnya boleh dimanafatkan terus untuk berhenti merokok.
Mengapa kita tidak mengganggap krisis kekurangan gula di Malaysia (malah di seluruh dunia) sekarang ini dimanafatkan demi kesihatan. Kita tukarkan krisis ini kepada peluang untuk mengurangkan permakanan atau penggunaan gula dalam makanan.
Pada masa yang sama, kuasa pengguna akan meningkat dan teori ekonomi mengenai bekalan dan permintaan (supply and demand) akan ketara iaitu apabila permintaan berkurangan akan menyebabkan bekalan berlebihan yang sudah tentu mengakibatkan harganya akan menurun.
Manafatkan peluang!
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com
Sebenarnya saya tertanya-tanya.Kalau betul pihak atasan mahukan agar rakyat berhenti terus dari merokok,mengapa tidak dihapuskan sahaja kilang-kilang rokok yang ada di Malaysia ni.
ReplyDeleteBukankah telah ada fatwa yang menghukumkan bahawa rokok itu HARAM hukumnya.jadi mengapa masih dikekalkan benda yang haram ni.
Salam
ReplyDeleteUtk "eliminate" atau "to put an end to or get rid of" ataupun total solution ini adalah satu hirarki terunggul jika boleh dilaksanakan. Bagaimanapun ianya sukar dilakukan tetapi tidak mustahil!
Pendekatan agama sepertimana hukum arak dilaksanakan secara berperingkat boleh diadapsikan dalam menangani isu rokok.