Tuesday, January 20, 2009

Pasar Malam Yang Menakutkan


Pasar Malam Yang Menakutkan
(Siratan asal di; http://thejourney.weblog.uum.edu.my/ 5-Mac-2008)

Saya adalah “pencinta” Pasar Malam. “Pencintaan” hebat ini dikongsi pula oleh isteri dan anak saya. Sebut sahaja mana-mana Pasar Malam “terhebat” di semenanjung ini, pasti kami sekeluarga akan sampai. Kota Bahru, Kuantan (Beserah), Johor Bahru, Alor Setar, KL, Shah Alam (Uptown) dan sebagainya sudah kami lawati. Ada juga angan-angan untuk mengendalikan laman blog bergambar khusus mengenai Pasar Malam atau Pasar Minggu ini.

Kejadian kanak-kanak malang yang hilang di Pasar Malam membuatkan saya terfikir-fikir; adakah selamat untuk berkunjung ke Pasar Malam sekarang ini. Apa yang lebih menakutkan saya ialah deretan kuali-kuali besar yang bergenangan dengan minyak panas yang terletak begitu hampir dengan laluan para penghujung.

Penguasa gerai bertanggungjawab ke atas keselamatan dirinya dan pekerjanya seperti termaktub dalam perundangan OSHA 1994. Malah keselamatan pelanggan dan penghujung lain (walaupun bukan pelanggan) dikategorikan sebagai mereka yang selain dari pekerja, adalah tanggungjawab penguasa gerai dalam akta ini.

Tidak hairanlah terdapat pihak-pihak berkuasa tempatan yang melarang penguasa-penguasa gerai Pasar Malam atau Pasar Minggu daripada menyediakan makanan (secara memasak) di tempat perniagaan. Sebaliknya disyorkan makanan-makanan itu disediakan terlebih dahulu di kediaman masing-masing.

Antara alternatif lain yang lain ialah menempatkan gerai-gerai makanan panas di satu tempat khas (yang lebih terbuka) dan alatan memasak (seperti kuali, dapur gas dan sebagainya) perlulah diletakkan di bahagian belakang meja, bukannya di pinggir jalan.

lukmanw@uum.edu.my
http://thejourney.weblog.uum.edu.my/

No comments:

Post a Comment