Wednesday, September 10, 2008

Lecur sebab penyembur nyamuk

Lecur sebab penyembur nyamuk
Kosmo, 1-Sept-08


Gua Musang - Seorang pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Tengku Bendahara, Bertam melecur di bahagian muka dan badan selepas terkena letupan sebuah tin penyembur nyamuk di halaman rumahnya di Kampung Jerek Baru dekat sini kelmarin.

Noratikah Kamarulzaman, 13, yang melecur dalam kejadian pukul 7 petang itu terus dihantar ke Hospital Gua Musang, sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk rawatan lanjut.

Ibunya, Surihana Awang, 34, berkata, kejadian itu berlaku ketika anaknya sedang membakar sampah seorang diri di halaman rumah tanpa menyedari tin penyembur nyamuk itu ada di dalam timbunan sampah berkenaan.

Katanya, semasa kejadian dia berada di dalam rumah dan selepas terdengar bunyi letupan kuat, dia terus bergegas keluar dan mendapati pakaian Siti Noratikah sedang terbakar.

"Anak saya menangis dengan kuat dan saya terus padamkan api yang sedang menyala di bahagian seluar serta bajunya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Surihana berkata, sebaik sahaja api itu dipadamkan didapati Siti Noratikah melecur di bahagian badan serta muka. - Bernama

No comments:

Post a Comment