Wednesday, September 3, 2008

Bekas Makanan Daripada Sisa Tebu Alternatif kepada "EcoPack"

Ku Nor Zawani menunjukkan bekas makanan daripada sisa tebu atau dikenali juga dengan BPE sebagai alternatif menggantikan eco-pack

Bekas Makanan Daripada Sisa Tebu Alternatif kepada "EcoPack"
3-Sept-2008, UUM

Bekas makanan mesra alam yang baru akan diperkenal kepada masyarakat Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai alternatif kepada eco-pack yang sedia ada.

Dihasilkan daripada sisa tebu, bekas makanan ini sesuai digunakan di semua premis perniagaan dalam kampus bagi mengatasi masalah kekurangan stok eco-pack.

Dengan warnanya yang putih bersih, dan dikenali sebagai "BPE" bahan yang diimport dari Thailand ini dijangka mampu menyelesaikan kekangan yang dihadapi oleh pihak Koperasi UUM yang bertindak sebagai pembekal kepada pengusaha makanan di kampus.

Pembekalan eco-pak menghadapi masalah apabila kilang yang mengeluarkan bahan tersebut mengalami kerosakan mesin. Kilang ini yang terletak di Segamat, Johor merupakan satu-satunya pengeluar eco-pak di dunia.

Teknologi pengeluaran eco-pak dibawa dari Taiwan. Proses pembaikannya juga menggunakan juruteknik dari Taiwan.

Untuk rekod, eco-pak adalah bahan yang diperbuat daripada sisa kelapa sawit dan merupakan hasil kajian bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan syarikat Ecofuture Berhad yang disenarai di Bursa Malaysia.

Pengusaha Kafe Ingkar Akan Ditamatkan Perkhidmatan
2-Sept-2008, UUM


Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) yang Ke-138 (Bil.8/2008) pada 19 Ogos lalu bersetuju supaya semua pengusaha restoran dan medan selera yang tidak mematuhi peraturan mengenai penghapusan penggunaan polisterin dan bahan-bahan plastik serta telah dikenakan denda sebanyak tiga kali dan melanggar dasar-dasar yang telah ditetapkan ditamatkan perkhidmatan.

Antara dasar yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

a) Amaran pertama dikeluarkan apabila aduan diterima dari pasukan pemantau.
b) Dalam tempoh tujuh (7) hari pemerhatian akan dibuat oleh pasukan pemantau dan amaran kedua dikeluarkan sekiranya pengusaha masih melanggar peraturan tersebut.
c) Sekiranya pengusaha masih melanggar peraturan tersebut selepas tujuh (7) hari dari tarikh amaran kedua dikeluarkan, amaran terakhir akan dikeluarkan.
d) Denda sebanyak RM300 akan dikenakan sekiranya pengusaha masih ingkar selepas tujuh (7) hari amaran terakhir dikeluarkan.

Mesyuarat juga turut meluluskan penubuhan pasukan ’Task Force’ yang diketuai oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bagi menangani masalah dengan pengusaha kafeteria dalam Kampus UUM.

Daripada:
Pejabat Perhubungan Awam
Universiti Utara Malaysia
Tel: 04-928 3006/3007/3013/3014
Faks: 04-928 3016
E-Mel: prouum@uum.edu.my

5 comments:

  1. adakah sisa tebu juga ada pasaran???
    dan di mana boleh saya memasarkan sisa tebu saya?
    saya tinggal di pekan ,Pahang..

    ReplyDelete
  2. Salam

    Sebelum ini saya ada maklumat mengenai recycle proses sisa tebu ini. Emailkan kpd saya email sdr dan saya cuba cari balik detailnys.

    lukmanw@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam..saya ingin bertanya..
    adakah bekas makanan daripada sisa tebu ini berada dipasaran?
    boleh saya tahu dimanakah saudara mendptkan link proses bekas makanan ini?
    saya dikehendaki membuat laporan mengenai tajuk ini.. saya harap saudara dpt membantu saya..terima kasih..

    eliarish_girl@yahoo.com

    ReplyDelete