Tuesday, June 17, 2008

Structured atau OSH?





Structured atau OSH?

".....very structured man i ever known”, tulis rakan sejawat saya di dalam emailnya sebagai mengambarkan diri saya. Saya tanyanya kembali melalui email; apakah yang dimaksudkan “structured”.

“structured personality dalam kaunseling = teratur, proper, plan well”, email yang diterima kemudian menjelaskannya.

Saya merasakan “structured”nya diri saya ini adalah warisan daripada ayah saya.

Terima kasih bapa kerana mewariskannya kepada saya. Saya juga berdoa agar saya akan mewariskannya juga kepada anak saya.

Bukan untuk membanggakan diri, sekadar untuk berkongsi manafaat. Gambar-gambar di atas adalah antara ciri-ciri ”structured” yang saya warisi dari ayah dan kini saya mengamalkannya.

1. Semua anak kunci berlabel dan dipadankan dengan rak kunci yang juga berlabel.
2. Semua laci dapur mempunyai ruang khas yang diperbuat dari kertas kotak. Ruang khas boelh dibeli di Ikea tetapi saya lebih suka membuatnya sendiri mengikut saiz laci.
3. Semua laci almari di pejabat, di rumah (bilik saya dan bilik anak saya) mempunyai ruang khas ini.
4. Semua suis-suis lampu dan kipas berlabel kedudukannya.
5. Semua wayar-wayar peralatan elektrik seperti cerek, periuk nasi dan tv akan dilabelkan. Malah saya turut melabelkan kesemua peralatan komputer dan pencetak.
6. Banyak lagi ”perapian” ayah saya seperti menggunakan kotak yang sama saiz, berlabel dan ditebuk lubang sisi sebagai ruang jari untuk memudahkan diangkat, dan sebagainya akan saya ceritakan di masa-masa mendatang

Berikut adalah antara barangan yang mesti ada pada ayah saya yang kini menjadi barangan kesukaan saya;

1. Permanent Marker Pen (Artline)
2. Masking Tape

Saya menambahnya dengan dua lagi barangan;

1. Cable Tie (besar dan kecil)
2. Zipper Plastic Bag.

Semua ini diajar (dipaksa ?) oleh ayah saya semenjak kami tiga beradik kecil lagi. Saya langsung tidak menghargainya malah membenci pula ayah saya kerana kerapiannya ini. Kebencian ini saya siratkan dalam blog saya; http://orangkecilorangbesar.blogspot.com/.

Apabila saya mula bekerja di dalam industri perkilangan, saya diperkenalkan dengan Sistem Housekeeping 5S yang menjadi kebanggaan negara matahari terbit itu.

Saya terkedu apabila mengenangkan Sistem Housekeeping 5S ini telah lama diperkenalkan oleh ayah saya. Mungkin ayah sendiri tidak tahu apa itu Sistem Housekeeping 5S tetapi semua intipati 5S itu adalah menjadi darah-daging ayah selama ini.

Baru saya sedar apa yang cuba diwariskan ayah kepada diri saya. Mungkinkah ayah sudah menjangka saya akan bekerja di dalam industri yang cuba menerapkan dan mengamalkan Sistem Housekeeping 5S ini ?

Atau ayah sudah menjangka saya akan menjadi pengajar OSH yang mana saya sendiri perlu membuktikan bahawa salah satunya saya akan mengamalkan Sistem Housekeeping 5S ini sebelum saya mengajarnya kepada orang lain ?

lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment