Gambar dari HarakahDaily.Net
Topi keselamatan dan kasut keselamatan, seragam wajib di tapak pembinaan
Gambar adalah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali sewaktu membuat lawatan ke tapak Kompleks Pasar Keramat pada pagi isnin 23 Jun 2008.
Beliau mengenakan topi keselamatan semasa lawatan tersebut, bagaimanapun berkemungkinan besar kasut yang digunakannya bukanlah kasut keselamatan (safety but). Saya katakan “berkemungkinan” kerana di dalam pasaran sekarang terdapat kasut keselamatan yang menyerupai kasut sukan.
Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan Ahli Parlimen Titiwangsa. Mungkin beliau hanya diberikan topi keselamatan sahaja tanpa kasut keselamatan. Malah mungkin juga kasut keselamatan yang diberikan kepadanya (jika ada) tidak sesuai dari segi saiz ataupun jantina pemakainya.
Malah pegawai yang berdiri di sebelah Ahli Parlimen Titiwangsa ini, yang mungkin wakil pengurusan syarikat pembinaan ataupun pihak berkuasa tempatan, juga tidak memakai kasut keselamatan.
Sebagai pemimpin, anda adalah contoh teladan untuk masyarakat. Lebih-lebih lagi gambar anda akan menjadi tatapan mereka.
lukmanw@uum.edu.my
http://oshthejourney.blogspot.com/

3 comments:
Assalamualaikum. Maaf saya agak kurang setuju dgn wajibnya pemakaian topi keselamatan dan kasut keselamatan. Ada 4 langkah dalam menjaga keselamatan di tapak bina.
1) Hapuskan Bahaya
2) Asingkan Bahaya
3) Kawalan kejuruteraan & Pengurusan
4) Pakaian Perlindungan diri
Kalau kita tengok menghapuskan bahaya dengan kekemasan tempat kerja adalah ebih penting dari memakai P.P.E. Memakai P.P.E tidak menjamin keselamatan diri sebaliknya keadaan yang selamat bebas dari bahaya lebih penting. Perlu ingat kadang kadang P.P.E juga boleh menyebabkan kemalangan.
Kita dok sibuk pakai helmet pakai kasut tapi ada pernah kita kisah tentang kebersihan dan kekemasan tapak bina? Maaf saya hanya menyuarakan pendapat
Saya bersetuju seperti kata sdr Kamal Putra. Sebab itu (dalam posting lain dalam vlog ini) telah saya sarankan safety helmet dan safety boot bukan lagi dikategorikan sebagai PPE tetapi di-rebranding-kan sebagai uniform. Maknanya safety helmet dan safety boot ini adalah sama tujuannya seperti uniform yang boleh diberikan kepada pekerja pada hari pertama beliau bekerja.
Jika tidak, tidak sesuailah (tidak betu?) hirarki pengawalan yang mengatakan PPE adalah piihan terakhir setelah kawalan-kawalan lain diperkenalkan terlebih dahulu.
Boleh baca di link berikut -
http://oshthejourney.blogspot.com/2008/05/kasut-dan-topi-keselamatan-bukan-lagi.html
di bawah tajuk - Kasut dan topi keselamatan bukan lagi PPE (21 Mei 2008).
Post a Comment