Thursday, March 17, 2016

Antara FB Group OSH yang sangat bermanfaat






Antara FB Group OSH yang sangat bermanfaat

Dulu saya pernah buat compilation senarai blog-blog OSH yang sangat bermanfaat dalam blog OSH The Journey saya. Kemunculan FB memalapkan era blog ini. Ada blog-blog ini sudah bertahun tidak dikemaskinikan.

Banyak FB Group OSH yang sangat bermanfaat. Berikut adalah antara FB Group yang sangat bermanfaat (pandangan peribadi saya) iaitu

1. Malaysian Occupational Safety & Health Officer (MASHO) Baru
2. NRG-SHE (OFFICIAL)
3. OHS LESSON LEARN: TRANSPARENT
4. SHO – Construction
5. Head Hunters

Bagaimanapun “friends” atau “likers” perlulah mengetahui scope FB Group ini masing-masing. Ada yang bersifat umum membincangkan aspek OSH, ada yangmenumpukan kejadian kemalangan dan ada khusus untuk pengumuman kerja kosong.

Kesemua “friends” atau “likers  FB Group ini tidak kedekut ilmu. Ada sahaja yang menyumbang pengetahuan dan pegalaman mereka,  dan ada sahaja yang menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan. Tidak dinafikan ada yang “silent readers” tetapi manfaatkanlah FB Group ini dengan bertanyakan kemusyikilan yang ada. Tiada “soalan bodoh” dalam OSH. Malah “jawapan” yang diberi itu mungkin akan berupaya menyelamatkan nyawa.

Manfaatkanlah FB-FB Group ini.


Pada masa yang sama, banyak lagi FB-FB Group OSH yang boleh dimanfaatkan.

JKR Program Kesedaran Alam Sekitar




JKR Program Kesedaran Alam Sekitar

JKR merupakan antara badan kerajaan yang aktif dan giat dalam usaha-usaha mermartabatkan aspek-aspek keselamatan, kesihatan dan persekitaran di dalam pekerjaan.

Kertas kerja JKR Program Kesedaran Alam Sekitar ini dibentangkan pada tahun 2011 tetapi ianya masih relevant dan banyak maklumat dan pengetahuan yang boleh dirujuk.