Tuesday, December 30, 2014

Psycological First Aid Mangsa Banjir


Psycological First Aid Mangsa Banjir

Psycological First Aid (PFA). Team ini dibentuk oleh sepasukan Health Safety Environmental (HSE) Professional di dalam industri.

Pasukan PFA akan bergerak ke Kota Bharu Kelantan pada Khamis, 1 Januari 2015 untuk membantu sokongan dan keperluan psikologi para penduduk terlibat, petugas , para sukarelawan dan lain-lain pihak yang terlibat dalam bencana banjir ini.

Diketuai oleh Sdr Mohamad Aliasman Bin Morshidi, HSE Counsellor dari salah sebuah syarikat oil & gas bersama rakan-rakan sukarelawan HSE yang lain, HSE Manager, Officer, Auditor, Penyelidik, OHD, OHN dll di lapangan bencana. (Ground Zero)

Untuk rujukan - PFA Guide for field workers, boleh download di sini.

lukmanw@gmail.com
http://oshthejourney.blogspot.com

Friday, December 12, 2014

KONGSI ILMU Panduan Pengurusan Bencana Banjir Tahun 2010/2011


KONGSI ILMU Panduan Pengurusan Bencana Banjir Tahun 2010/2011

Kerajaan Negeri Sembilan dengan MKN JPM, walaupun dikategori sebagai negeri yang kurang berisiko banjir telah menyediakan Panduan Pengurusan Bencana Banjir Tahun 2010/2011

Jika ada yang berhasrat untuk mendapatkan softcopy panduan ini, boleh PM saya melalui FB Lukman Wan Mat Daud

Bagaimanapun terdapat beberapa penambahbaikan tiada dalam panduan ini seperti cadangan bilangan mangsa dan ruang selesa (ukuran) di tempat pemindahan mangsa banjir, kelengkapan peralatan komunikasi dan sumber kuasa, dan sebagainya. Saya berharap panduan yang terbaru turut dimuatkan penambahbaikan ini.


Monday, December 8, 2014

OCCUPATIONAL HEALTH (OH) SEMINAR 2014 @ 20 & 21 December 2014 @ HUKM Auditorium, KL






OCCUPATIONAL HEALTH (OH) SEMINAR 2014 @ 20 & 21 December 2014 @ HUKM Auditorium, KL

Tarikh : 20 & 21 December 2014 (Sabtu & Ahad)
Tempat : HUKM Auditorium, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM)
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras, KL
Fee : RM 50.00 (Ahli) & RM 100.00 (Bukan Ahli)
CEP : “SIJIL PENYERTAAN” - (Rujuk Garis Panduan Sistem Mata = No. 4 / 4.5 / 10 Mata)
Pendaftaran : Urusetia NRG-SHE :

Puan Nur Azura
Tel. : 04-484 1795 / Fax: 04-484 7307

Aladdin Osama (AO)
Tel.: 019-417 9673

Sunday, December 7, 2014

TANIZAWA SAFETY HELMET Model 148-E3, ABS



TANIZAWA SAFETY HELMET

Awal tahun ini sewaktu mengendalikan kursus OSH di sebuah industri automobile Jepun, sewaktu memasuki production assembly line, saya diberi pinjam sebuah Safety Helmet berjenama Tanizawa. Kali pertama melihatkan safety helmet ini terus saya jatuh hati kepadanya.

Pada saya sekarang ini adalah satu unit Tanizawa Safety Helmet. Pengedarnya berpusat di Utara Semenanjung. Terdapat dua warna pilihan iaitu Puteh dan Kuning. Memandangkan saya sudah ada dua safety helmet berwarna kuning, saya memilih safety helmet berwarna puteh.

Safety Helmet yang ada pada saya hanya “helmet”, satu risalah “safety helmet instruction” dan satu tag pengedar. Tiada pembungkus asal sama ada beg plastik atau kotak.

Saya hanya mengetahui model Safety Helmet ini berpandukan sticker yang dilekatkan di dalam cengkerang yang tertera 148-E3, ABS serta logo JIS.

Manakala dalam risalah “safety helmet instruction” tiada tercatat nama model dan bahan (material) nya tertera FRP !

Rujukan saya dalam internet menunjukkan safety Helmet Tanizawa ini diperbuat dari empat (4) bahan berbeza iaitu ABS, FRP, PC dan PE. Setiap bahan ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya masing-masing.

ABS (Acrylonitrile butadiene styrene) atau dikenali juga sebagai thermoplastic polymer. Sekarang ini kebanyakan barang isi rumah (household) dan pengguna (consumer) diperbuat dari ABS. Antara kelebihan ABS ialah sifat serapan hentakannya (shock absorbance).

FRP (Fibre-reinforced plastic atau fibre-reinforced polymer) adalah bahan komposit polymer matrix yang di-reinforced dengan. Fibres yang digunakan biasanya glasscarbonbasalt oraramid, dan kadang-kadang turut digunakan fibres lain seperti kertas, kayu, atau asbestos. FRPs digunakan dalam pembuatan aerospace, automotive, marine, construction industries dan ballistic armo. Kelebihannya ialah sifat ringannya.

PC (Polycarbonates), terdiri dari kumpulan thermoplastic polymers. Kelebihannya mudah diproses, diacuankan dibentuk secara terma. Permukaan hasil bentukan adalah licin (smooth surfaces).

PE (Polyethylene) adalah plastik biasa yang diperbuat dari petroleum atau gas asli. Masalah besar penggunaannya ialah ianya bukan bahan mudah dilupuskan  secara semulajadi (biodegradable). Terdapat juga kajian PE diperbuat dari sumber makanan seperti bijirin gandum dan tebu. Kelebihannya ialah daya tahan bahan kimia yang tinggi (excellent chemical resistance).

Di Malaysia sekarang ini terdapat banyak pengedar Safety Helmet Tanizawa ini dan juga safety helmet yang hampir serupa yang dibawa-masuk dari Jepun, Korea serta Taiwan. Mungkin tidak lama lagi (atau mungkin sudah ada) yang diperbuat dari China.

Apapun saya berharap pengedar Safety Helmet ini di Malaysia mempunyai maklumat penggunaan dan kegunaannya yang secukupnya untuk dimaklumkan kepada pembeli dan/atau pengguna.

Antara ciri-ciri yang ada pada Safety Helmet Tanizawa ini ialah (bergantung kepada model dan bahan buatannya) – heat resistant, high temperature spec, light weight, excellent electric resistant, chemical resistant, chemical and electric resistant, with ventilation holes, big size dan kid’s factory tour.

Nota – saya belum berpeluang untuk menguji-pakai lagi Tanizawa Safety Helmet Model 148-E3, ABS. Kemungkinan besar saya akan memakai dan menguji-gunanya di hujung minggu sewaktu kerja lapangan saya di sebuah kilang.

lukmanw@gmail.com

http://oshthejourney.blogspot.com/



Friday, December 5, 2014

Emergency Shower System at Work Place






Emergency Shower System at Work Place

Semalam (khamis), semasa kelas HIRARC di Shah Alam. Seorang peserta bertanyakan saya mengenai penambahbaikan kepada System Emergency Shower sedia ada (current measures) di tempat kerja beliau.

Pagi ini semasa walk-in inspection di sebuah makmal sains di Taiping, saya diminta advise yang sama untuk sistem mandian kecemasan ini.

Sebenarnya saya sudah membuat 3 posting berkenaan Emergency Shower System ini di dalam blog OSH The Journey Blogspot saya. Cuma sedikit penambahan yang saya ingin sentuhkan kali ini.

Perlukan tirai (curtain) untuk Sistem Mandian Kecemasan ini?

Semasa kecemasan sebenar, tirai atau curtain ini bukanlah menjadi kemestian. Malah tirai ini jika tidak diletakkan bersesuaian ianya boleh mengganggu pengguna mandian kecemasan ini.

Sebaliknya kalau untuk pengujian sahaja (regular testing), tirai ini amat berguna untuk mengelakkan lantai sekelilingnya basar terutama lantai takungan air tiada atau tidak mampu menakung air dari mandian kecemasan ini.

Begitu juga lalau dari segi “ketimuran”, tirai ini adalah penting.

Imbas kembali semasa Tsunami Aceh beberapa tahun lalu, saya terlibat secara langsung dan berpeluang bekerja dengan kumpulan sukarelawan dari Perancis. Leader NGO Perancis ini adalah seorang anak muda awal 20an yang sanggup menangguh pengajian universiti tahun akhirnya kerana hendak terlibat dengan kerja amal sosial ini. (Malang saya lost contact dan terlupa namanya).

Dalam satu taklimat kepada ahli kumpulannya, anak muda ini mengingatkan agar rakan-rakannya itu memahami budaya Islam (dan Melayu) masyarakat Aceh. Jangan mudah cepat “memegang” anggota badan kaum wanita walaupun dengan niat semata-mata untuk membantu.

Saya bertanyakan kepadanya hal ini dan dia berkongsi pengalamannya semasa kerja amal di negara Arab dengan penduduk majoriti Islam.

Sama seperti saya nasihatkan kepada peserta-peserta kelas HIRARC saya di Shah Alam semalam. Tirai adalah amat perlu semasa pengujian. Dan tirai juga perlu semasa kecemasan jika penggunanya adalah perempuan terutama jika pakaian mangsa yang terdedah dengan bahan kimia tersebut perlu ditanggalkan.

Perlu ada rakan sekerja yang membantu menutup “aib” pekerja perempuan ini dengan menggunakan tirai. Jika tidak ramai yang akan datang tolong. Sudah tentu mereka datang tolong tengok!

Tambahbaik lagi jika tersedia tuala mandi yang dibalut plastik atau disediakan dalam bekas khas tersedia berhampiran mandian kecemasan ini.

Tiga posting saya mengenai mandian kecemasan sebelum ini boleh dirujuk disini, di sini dan di sini.


http://oshthejourney.blogspot.com/

Thursday, December 4, 2014

Best Practices for Effective SHC Meeting - Learn from the best







KONGSI ILMU
Best Practices for Effective SHC Meeting - Learn from the best

Monday, December 1, 2014









CUSTOMER RELATIONSHIP Celcom Kamunting

Nak cuit sikit lagi Celcom Kamunting

Apa beza Parking Lot Celcom Kamunting dengan Parking Lot AEON (Seremban 2)? Memang betul Parking Lot Celcom tidak menyatakan untuk OKU, hanya untuk Exclusive for Celcom Customer First Elite. Adakah OKU juga dianggap Exclusive for Celcom Customer First Elite? Saya tidak pasti!. Ketika semua organisasi lain (saya ulangi – semua organisasi lain) mengganggap semua pelanggan adalah “elite”, Clecom pula ada kategori tertentu untuk pelanggannya.

Berbalik kepada soalan saya. Parking Lot AEON untuk OKU ada nombor telefon untuk dihubungi. Tetapi tidak ada pada Parking Lot Celcom. Mungkin maksud By Appointment Only itu adalah perlu telefon dahulu dari pejabat atau rumah sebelum sampai ke Pusat Celcom ini. Bagaimana kalau sudah sampai, adakah perlu turun dari kereta untuk mengalihkan papan tanda tersebut? Kalau hendak telefon staff Celcom (guard?) adakah nombor untuk dihubungi?

Belajar-belajarlah dari AEON.

Apa beza anak tangga depan pejabat Celcom ini dengan beberapa buah kedai lain di sebelah pejabat Celcom ini?

Pastinya pelanggan ke Pusat Celcom jumlahnya berkali ganda dengan pelanggan yang berurusan kedai lain sebelahnya.

Memang betul (kalau pusat pengurusan Celcom tahu perundangan, kalaulah dia orang tahu!) mengikut UBBL 1984, anak tangga yang kurang dari empat anak tangga (premis perniagaan) tidak perlu pemegang tangan (hand railing). Tetapi kesianlah pelanggan yang berusia yang hendak berurusan dengan kaunter di Pusat Celcom ini. Jangan ingat anak muda sahaja pelanggan Celcom! Tak tahulah jika statistik demographic pelanggan yang ada pada Celcom hanya sekadar statistik “syok sendiri” bukannya untuk analysis penambahbaikan!

Janganlah pula bagi alasan, kedai di sebelah pusat ini adalah kedai besi, disebabkan itu kedai ini ada lebihan besi untuk dibuat anak tangga. Banyak lagi kedai lain selain dari kedai besi yang turut mempunyai pemegang tangan untuk kemudahan pelanggan melangkah naik atau turun anak tangga ini.

Anggap ini sebagai ruang untuk penambahbaikan (rooms for improvement) dan masih belum terlambat untuk dilaksanakan bak kata orang puteh - better late than never. Mungkin pedas sikit cadangan penambahbaikan saya ini tetapi anggaplah Pedas-pedas sambal Belacan, Pedas Macamanapun Dicari Orang.

Terima kasih Sambal Belacan.

http://oshthejourney.blogspot.com/


Posting berkaitan sebelum ini di sini.